Wednesday, July 22, 2009

:: Dugaan & Hadiah DariNya Yg Esa ::

Assalamualaikum dan salam penuh kesejahteraan kepada semua.....

Tanggal 1 hingga 15 Julai 2009 aku dengan penuh kesyukuran dapat menjejakkan kakiku ke tanah suci Mekah dan tanggal

16 Julai 2009 aku selamat melangkahkan kaki ku kembali ke tanah kelahiranku Malaysia... kembali dari tanah suci
yang sangat indah dan menenangkan diri ini... Telah terlalu banyak negara yang ku lawati, Korea, Jepun, Filipina,
Singapura, Vietnam, Thailand, Indonesia dan beberapa buah negara lagi... Tetapi TIADA negara yang penuh rahmah dan
indah seindah tanah haram itu... hingga aku berfikir berkali-kali untuk tidak mahu pulang ke Malaysia..


Mmm..pasti sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di sana faham apa yang aku rasakan.. perasaan yang sangat indah dan menenangkan... Ya Allah berkatilah hamba-hambamu yang serba kekurangan ini Ya Rabbi....

Sekembalinya aku ke kampus Segamat, aku kembali sibuk dengan tugasanku sebagai pengajar... aku diamanahkan untuk
membantu mengendalikan kursus Pembantu Mahasiswa (PM) untuk persediaan mahasiswa/i baru yang akan mendaftar masuk
ke UiTM Kampus Segamat... Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..walaupun aku masih letih dan yang penting aku
gembira menjalankan amanah itu...dan aku rasa "bebudak" PM tu pun GUMBIRA jugak dengan kegilaan para pensyarah cum
RS yang gile-gile melayan kerenah mereka...

Malam terakhir kursus PM pada tanggal 26 Julai 2009 aku bersama salah seorang student cum sahabat baik feveretku
merancang untuk membuat "surprise party" kepada semua peserta kursus itu...lalu kami berdua bercadang membeli
sedikit hadiah kepada mereka semua..untuk tanda penghargaan kepada kesungguhan dan penat lelah mereka semua...
iyerla...pagi esok mereka semua dh kena berjuang untuk membantu adik-adik baru yang akan melanggkah ke dunia
universiti... dan aku bersama Farah (my feveret frenz) bercadang membeli barang2 itu di Melaka...bak kata
Farah..."Cik Ada...kita beli kat Melaka la...murah skit.leh beli banyak lagik...heheeee.." aku mengangguk dan apa
lagi..ON je la...

Tepat jam 7.55 malam selepas menunaikan solat Maghrib aku dan Farah (tanpa pengetahuan sesiapa--konon2nya nk wat
suprise kan..takmo la owang lain tau)...kami berdua bertolak keluar untuk ke Melaka dari UiTM Segamat... Kami
melalui laluan yang telah biasa aku lalui..UiTM Segamat--Jementah--Sagil--Tangkak--Highway..iyer la...kalau nk
balik KL pun itu jer la jalan paling feveret aku kalu nk cepat...dan kalau nk pi Muar atau Melaka..itu sajalah
laluan paling cepat dan dekat utk sampai...laluan yang sudah biasa benar aku lalui...tidak kira pagi,petang atau
malam...

Tapi dh ditakdirkan...>< pukul 8.45 malam sesampainya keretaku di satu selekoh selepas Gunung Ledang,Sagil >< 10min sebelum sampai Tangkak... tiba-tiba ada sebuah kereta bertentangan arah dengan kereta ku datang dari arah depan dengan kelajuan yang sangat maksima...merempuh kereta yang sedang ku pandu...aku masih ingat tatkala itu aku dan Farah sedang "melayan" lagu dia radio yang baru dipasang...lagu Ziana Zain - Madah Berhelah berkumandang... yang sempat aku lakukan adalah menekan brek keretaku dan berharap.... yang terakhir bermain-main di mataku (hingga kini) lampu kereta yang tinggi menuju ke arah ku dengan sangat laju.... dan aku sempat memandang ke arah Farah ketika kereta Myvi ku dirempuh... "airbag" di bahagian Farah telah terbuka..dan aku terus pitam...

Sesedarnya aku dengan nafas terawal ku..dengan sebutan "Alllllllaaaaaahhhhhhhh..." dalam keadaan yang amat perit di bahagian dadaku..aku seperti di berikan kembali nyawa dariNya...terus segala kejadian yang terawal kembali di
kepala....aku nampak cahaya terang di depanku..dan kereta aku dirempuh dari depan.....dan aku kembali tersedar bila orang di luar keretaku mengetuk2 tingkap kereta di bahagian kerusi ku... Dia (si penyelamat) memanggil2ku
"kak..kak...tutup enjin...bukak kunci keta ni...tutup enjin keta..takut keta meletup..." aku memandang ke arah
tanganku dan menyedari aku masih memegang "stereng" kereta ku yang telah TERCABUT! Dan "airbag" yang telah
terkulai...lalu kucampakkan "stereng" di tangan ke belakang...cuba mematikan enjin (yang sebenarnya telah mati)..

Aku terus memandang ke arah Farah dan bertanya padanya..."Farah..Farah Ok???..." yang kudengar..."huummmm....sakit..sakit...sakit..."dalam nada dan wajah penuh kesakitan kulihat respond dari Farah.. Ya Allah...selamatkan dia...lintasan di hatiku... aku membuka kunci ketaku (yang memang dh terbuka...Myvi...jika enjin mati...kunci akan terbukak "automatik"..) aku memberitahu..."encik..enjin dh mati, kunci dah bukak...tapi
selamatkan student saya..selamatkan student saya...saya ok..."...

"takper..takper...ada orang belah sana selamatkan dia...akak keluar dulu..."....lalu saya menyampuk..."purse saya
dalam keta...handphone kat kaki ni..." dan aku cuba bergerak mengangkat kaki ku...tapi gagal...hanya kaki kanan ku
dapat kugerakkan....Ya Allah...sakitnya...."encik...tak boleh...saya tak boleh gerak..."..aku menyambung...
"takper kak..takper...kita angkat akak keluar...." dia membalas.. aku sempat menyambar "organizer"ku yang mempunyai sejumlah wang...dan dengan bantuan beberapa orang lain aku berjaya dikeluarkan...aku dimasukkan di "seat" belakang dalam sebuah kereta..mungkin viva atau kancil..dan aku melihat Farah diletakkan di kerusi depan kereta yang sama dan pemandunya adalah seorang "nurse" yang baru mahu pulang ke rumahnya...

Sepanjang perjalanan ke hospital Tangkak yang hanya 10 minit itu (dimaklumkan oleh "nurse" itu kepadaku) sungguh
azab...Ya Allah..sakitnya dadaku..sukarnya untuk bernafas..."Farah..Farah..Farah...ok ker??" aku bertanya...tapi
tiada sahutan..."nurse" itu juga mengerak-gerakkan Farah dan memanggilnya juga... "Adik..adik...jangan tido...kena
tahan...jangan lelap dik.." ada gusar di suaranya... lalu aku yang masih sakit..menahan sakit dan berusaha memegang lengan Farah..dan menggerakkan tubuhnya berkali-kali..."Farah..tahan Farah...sikit lagi ni...Farah kena
kuat...ingat Allah..Farah...Farah...Farah...Farah..." dan aku hanya berhenti menggerakkan tubuh Farah sehingga aku
mendengar suaranya.."sakit Cik Ada...sakit..."... "tahan Farah..tahan..saya pun sakit...banyak2 zikir...ingat
Allah...tahan Farah...tahan..." di hatiku...Ya Allah...selamatkan kami...Ya Allah sakitnya...

Dan akhirnya kami selamat sampai di Hospital Tangkak dan aku meminta mereka membawa Farah ke dalam dahulu..."takpe..selamatkan student saya lu..saya ok..saya ok..." dan aku bersyukur kerana kami berdua berjaya di
bawa masuk ke ICU dan doktor, MA dan staf2 di situ sangat berdedikasi membantu dan berusaha menyelamatkan kami..

Yang aku dengar raungan suara Farah...dan aku hanya meraung di dalam hati...bukan nk tunjuk "macho" tapi aku ingin
memberi kekuatan kepada Farah...aku hanya berzikir, berdoa dan menahan sakit...

mmmmm...panjang betul...celoteh ku... yang kini aku bersyukur aku masih berubat di kampung arwah bondaku...Kg.
Kuala Muda, Seberang Prai, Penaga...memastikan tulang-tulang yang patah ini dapat dicantumkan kembali....pintaku
kepada semua yang membaca blog ini...doakan aku dan Farah (yang lagi teruk keadaannya) kembali pulih seperti
biasa...dengar kata alhamdulillah...Farah dah boleh duduk..dan aku masih di atas kerusi roda hitamku sambil menaip
coretan ini dengan meminjam "laptop" adik lelakiku yang ada di sini...Ahmad Mustafa...(terima kasih dik...temankan
akak kat sini...walaupun kejap...)

Rabia: Ya Allah...sembuhkan Rabia dan Farah...seperti biasa..tabahkan hati kami...teguhkan iman kami...tambahkan
berkat di dada kami...Ayahandaku Kamarulzaman...terima kasih byk2...abah sayang betul kat kami kan??? Kak
Imah...banyak betul jasa akak...doa2kan rezeki saya lebih...ada hadiah untuk keikhlasan mu menajadi "nurse" tak
bergaji....Along, Kakli, Apis, Aci, Fuad, Angah, Kak Ngah, ahli keluargaku, staf2 UiTM Segamat - Prof Kamil, PM
Yusri,Ustaz Zaluddin, En. Razak & kwn2 FPM Segamat, Pn. Maznah dan staf2 PTDI, Nurzea, Huda, Maz dan semua
kengkawan juga para pelajarku yang sentiasa mendoakan aku....--TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA untuk kalian....

InsyaAllah...ada kelapangan dan masa...aku update lagi citer ni ek... sumer...doa2kn ajer ek..