Thursday, March 5, 2009

:: LAWATAN FPM Trip Pertama::

Perghhh... Letih tul nk melayan anak2 murid yang agak tak mcm anak2 sangat ni kn???

Para pelajar saya telah diamanahkan utk mbuat lawatan akademik ke beberapa lokasi yang berkaitan pengurusan maklumat utk subjek Technical Support & Services in Information Agencies...

Salah satu grup pelajar telah memilih untuk ke Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, KL dan ke Muzium Negara, KL pada pada hari Selasa (3.03.09) yang lalu. Dan ia telah berlangsung dengan GUMBIRAnyer... DAN satu lagi grup pelajar telah memilih untuk ke Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1), UiTM Shah Alam dan ke Muzium Sultan Alam Shah, Selangor pada Selasa (10.03.09)...

Pengalaman yang cukup menarik bersama para pelajar ini... Kesian kat dewang....Bangun utk bsiap dari pukul 5.00 pagi dan bergerak dari UiTM Segamat lebih kurang pada pukul 6.30 pagi...

Dah la kesian kat depa kena tunggu bas dekat 20 minit.... dengan berhenti hanya sekejap (15 min) je utk sarapan... dan akhirnya pd 10.00 pagi SAMPAI jua ke UTM - KL... dan Alhamdulillah kami mendapat sambutan dan layanan yang baik dan bermaklumat.... Para pelajar di bawa mengelilingi sekitar PSZ sambil mndpt taklimat ttg setiap bahagian di sana...(terima kasih kepada semua staff PSZKL)...

Kemudian perjalanan diteruskan dari UTM ke Muzium...(Ha...ni part menarik...)... KESEMUA pelajar dan CHE'GUnyer (saya la tu)...amat GUMBIRA dapat mai sini... (tu yang sumernyer asyik nk bergambor jer..sampai kat belakang muzium ada bas mini "pink" lama pun jadi port bebudak ni...HUH...letih nak panggil balik "back 2 the group")....Gembira dan TERUJA ke sana...Bukan apa...muzium negara telah siap sepenuhnya setiap tingkat untuk dilawati...dan pada 16 Dec 2008 - 20 Apr 2009 (masa kami mai la tuh...) ada pulak Pameran Senjata Tradisional 'Misteri dan Kesaktian' ..... (MENARIK SGT)...dan kat sini ada saya 'attach'kan risalah ttg pameran ini... SGT MENARIK utk menambah ilmu kita sebagai anak jati Melayu....

Terima kasih juga pada pihak Muzium Negara kerana memberi taklimat mengenai keseluruhan sejarah dan pameran ke setiap tingkat di sana...walaupun ada salah faham mengenai tarikh lawatan....TQ sgt2 atas kesungguhan dan maklumat menarik Cik CT Rabia (nama cam saya kan...???) DAN BAGI KAMI MASUK FOC... Heheheee... Wpun harga masuk muzium hanya RM2.00 ;-)

KESIMPULANnyer....Para pelajar bukan sahaja dapat mempelajari ilmu perpustakaan di UTM tapi juga dapat tahu ttg "preservation" brg2 muzium seperti senjata....manuskrip lama.... seni kreatif melayu dan lain2.... (mmg berbaloi keletihan yang kami semua alami dan dengan penuh keterpaksaan MEREDAH hujan utk ke bas UiTM Johor...utk pulang kembali ke UiTM SegamatkuH yg TERCINTA dan aman damai ini...heheheeee....)

:: Ms.Rabia : CONGRATS to all of my student 4 the BRAVO job....n dun 4get 2 submit "FINAL REPORT" for that academic visit ya.... Hehehheee... gumbira..gumbira jugak..KORJE jgn lupa... InsyaAllah saya akan citer gak pasal trip Kedua.... ::