Sunday, May 31, 2009

:: LambaianMu Duhai Kaabah...!!! ::

Salam semua... terutama anak-anak murid kesayangan ku (ceh...mcm cikgu sekolah lak..) dan para pembaca blog ku....

Pertama aku nk rakamkan terima kasih sbb aku ingat takder org nk baca celoteh tah apa-apa aku kat istana hati ku ni.. rupa2 nya ada gak yg sudi membacanya... terima kasih sekali lagik!!!

K...semua mesti dh tau tajuk post aku kali ni... Tujuan aku just nk mintak kengakawan sumer (termasuk korang yang tengah baca blog aku ni...dh aku anggap kwn "tomodachi" aku la..) Mintak sumer doakan aku selamat sampai, sihat tubuh badan, kuat beribadah di tanah suci ini... DAN diterima umrah ku pada kali ni....
Nak kata aku kaya utk smpi kat tanah suci ni takder la... aku baru bergelar pensyarah tak sampai 6 bulan (nk kumpul duit gaji yang agak2 best tu pun tak sempat banyak pun)... Cuma mungkin rezeki aku agaknya...dan panggilan illahi juga jemputan Dia kepadaku sebagai pengunjungnya pada tahun ini.... Alhamdulillah dan Syukran Ya Rabbi.....

Just aku sangat berterima kasih ke atas keluarga sahabatku ini..yg mungkin telah menganggap aku sebagai anak mereka...kerana sudi membayarkan pakej umrah dan ziarah ini kepadaku. Dan aku yakin kerana Izin Nya...aku dibenarkan untuk insyaAllah menjejakkan kaki di tanah kelahiran penghulu sekalian umat manusia di bumi ini....Nabi Muhammad S.A.W...

Ya Allah...kuatkan dan sihatkan tubuh badanku agar dapat menjalankan ibadah di rumahmu... terimalah taubat hambaMu ini...peliharalah Iman ku ini... Hidupkan dan matiku aku di dalam iman dan islamMu... aminn... Juga satukan juga hati seluruh umat islam di muka bumi ini agar bertambah kukuh ukkuwwah kami untuk menentang kaum laknatmu Ya Rabbi.... Amiiinnn....
Rabia: Kepada semua yang mengenali diri ini...ampun dan maaf kurafak sembah agar kalian memafkan segala kekilafan insan yang serba kekurangan ini.... Halalkan segala yang pernah kalian berikan..insyaAllah semoga kita semua dirahmati-Nya....Amiin....