Thursday, November 26, 2009

:: Salam Idul Adha Sumer... ::

BUAT SEMUA PEMBACA BLOG ISTANA HATI KU INI....


Rabia: Terima Kasih I Luv Islam.com

Thursday, November 19, 2009

:: Di Sebalik HANTARAN AL-QURAN ::

Tadi aku membaca email kiriman alongkuH...(mekasih Along) dan aku terpikir...juga tetiba rasa nk share kat sumer pembaca istana hatikuH ini...Lagipn memandangkan biasanya hujung2 tahun ni banyak yang nk langsung...(kengkawan aku pun dh 2,3 org dlm proses ni...CONGRATS korang..aku gak yg Xtau bila lagik....huhuhuuuuu).....DAN kepade mereka2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2kn la ek...

Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan Arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa Arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...

“Oh.. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian AL-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya...” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak Imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua...” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta... Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga kedua-dua pihak berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Sa'ad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Sa'ad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, Ustaz Saa'd merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas Maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju Melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. Surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d” kata Ustaz Sa'ad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi..

"Surah Ar-Rad, Surah Ar Ra'd..." “Apa benda nih....” detik hati Nabil. "Bismillahirrahmaanirrahim.. ALL..MAA...RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini: A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF... LAMM... MIMMM... RAA... ” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa'ad.

Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca, bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang Muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian Ustaz Sa ’ad itu.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini, tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah...Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan, dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntunglah orang-orangnya yg memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkannya dan ia akan menjadikan hati pengamalnya terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari Ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Rabia: Juga ingatan untuk diri...selangkah kau dekat padaku...beribu langkah aku mendekatimu....itu janjiMu Ya Rabbi....aku turuti......aminnn....

Wednesday, November 18, 2009

:: Tabah & Sabar La Yer.... ::

Hari ni, masa makan tengahari tadi...seseorang yang dekat dgn hatiku mengajak aku lunch bersamanya... Melihat muka nya yang berserabut aku tau TERLALU banyak bebanan yang dia simpan di hatinya....

Kami terus ke gerai berdekatan untuk menjamu selera...yang sebenarnya aku tak lapar langsung...tapi untuk menemani dia...dan mendengar luahan hatinya..aku meneruskan langkahan kakinya...

KETABAHAN DAN UJIAN untuk dia... mmm....dari segala luahannya...aku tau dah terlalu lama dia menyimpan cerita itu....mungkin aku tak rasa sama seperti apa yg dia rasa...mungkin dugaan kami tak sekata...tapi cerita di setiap dugaan itu adalah sama...= mencari keredhaan dan menguji ketabahanmu....
Rabia: ini sekadar perkongsian untukmu...

"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibn Majah)

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

Pesanan untuk kengkawan juga ingatan untuk diri ini sendiri....

Friday, November 13, 2009

:: Miley Cirus - The Climb ::

Assalamualaikum kepada semua...Dah lama benar aku tak lakarkan apa2 kat istana jiwa aku ni... Sampai dh ramai sgt kengkawan dan student tanya..."Cik, bila nk update blog?" "Ai...rabia...takkan takder citer nk share.." Woit..cik kak...dh bersawang blog hang tu..bila nk bersihkan?" dan banyak lagila pertanyaan dewang kat aku... Hahahaa... Bukan taknak update kengkawan...tapi computer takdak kat umah...ni pn kira rezeki gak ni....

Mmm...k...baru2 ni aku ada layan citer Hannah Montanah the Movie dgn ank2 buah aku (anak abg sulong aku)...sekali lagu ni kuar... PErgHhhh..mencengkam dada...memberi motivasi kat aku...lalu aku terfikir nk share ngan sumer... ntah r mcm best bagi aku...utk korang gak..LAYANLA... peace...
Miley Cyrus - The Climb

I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin
You’ll never reach it

Every step I’m taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle
Sometimes you going to have to lose
Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb
The struggles I’m facing
The chances I’m taking
Sometimes they knock me down but
No I’m not breaking
The pain I’m knowing
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep goingAnd I
I got to be strong
Just keep pushing on

[Chorus]
There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle
Sometimes you going to have to lose
Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all aboutIt’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith