Monday, February 23, 2009

:: BENARKAH CINTA SESAMA MANUSIA ITU INDAH? ::

Lama betul aku tak menulis apa2 kat laman istana ni... Bukan apa...busy sgt dgn kerja2 yang semakin MENARIK di hati aku ni...iyalah...cita2 aku dari kecik dulu akhirnya tercapai gak...alhamdulillah...

Aku ingatkan senang jadi pensyarah ni...HUH..!!! (sambil mengesat peluh di dahi...hehehee)... sebenarnya tugas sebagai pensyarah di UiTM ini benar2 mencabar tahap ilmu dan pengalaman seseorang itu... banyak benda yang kita kena korbankan...masa, tenaga, RM dan mcm2 lagi...

Di sini kita belajar untuk bekerja tanpa mengira masa (kadang-kadang lebih jam kerja dari kerja kat pentadbiran dulu...."pustakawan - job aku dulu).... dan kini baru aku tau betapa ikhlasnya cikgu2 aku mengajar aku yang "agak boleh tahan degil dan keras hatinya...."


Dengan berjumpa, mengajar, berbual dan berkongsi ilmu dengan para pelajarku membuat aku terlupa betapa penatnya aku melakukan tugas harianku... dan dalam kesibukan mengadakan kelas, menghadiri bengkel, menanda kertas jawapan "test" pelajar, mencari topik sesuai untuk "research"ku, "Bercinta" hehheee....memberi aku peluang untuk melihat ke beberapa blog para pelajarku (mereka diminta untuk membuat blog sebagai tambahan "final project" mereka)...
DAN aku berjumpa dengan keratan cerita dari blog salah seorang pelajarku yang aku ingin pinjam dan berkongsi dengan kalian... Hayati dan telitilah ia... mungkin benar...dan mungkin...mmm...entah.. setiap orang berbeza pandangannya kan?? (Abang...u alwayz the best of my beloved frenz...eva....thanks my love...)

:: CINTA YANG MENCINTAI ::

1.Org yg mencintai kamu x pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yg dia tahu di hati & matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.Wlaupun kamu dah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia x perduli! Bgnya yg pnting kamu bahagia & kamu ttp mnjadi impiannya.

3.Org yg mncintai kamu sllu mnerima kamu apa adanya, di hati & matanya kamu sllu yg trcantik walaupun mungkin kamu merasa brt bdn kamu sudah brtambah.

4.Org yg mncintai kamu sllu ingin tahu ttg apa sj yg kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.Orang yg mncintai kamu akn mngirimkn SMS spt 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', & lain-lain lg, walaupun kamu x mmbalas SMS-nya, krna dgn kiriman SMS itu lah dia mnytakan cintanya, dlm cara yg berbeza, bkn hanya "aku CINTA padamu", tp brselindung dengan ayat2 selain kata cinta itu.

6.Jika kamu mnymbut hari ulang tahun & kamu x mngundangnya ke majlis yg kamu adakan, setidak-tidaknya dia akn menelefon untk mngucapkan selamat atau mngirim SMS.

7.Org yg mncintai kamu akn sllu mngingat setiap kejadian yg dia lalui brsama kamu, bahkan mgkn kejadian yg kamu sendiri sdh melupakannya, krna saat itu ialah sstu yg brharga untknya & saat itu, matanya pasti brkaca kerana saat brsamamu itu x brulang sllu.

8.Org yg mncintai kamu sllu mngingati setiap kata2 yg kamu ucapkn, bahkan mgkn kata2 yg kamu sndri lupa pernah mengungkapkannya. krna dia menyematkan kata2 mu di hatinya, berapa byk kata2 penuh harapan yg kau tuturkn pdnya, & akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, ttp bukan org yg mncintai kamu.

9.Org yg mncintai kamu akn bljar mnggemari lagu2 kegemaran kamu, bahkan mgkn mminjam CD milik kamu, krn dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, wlupn sukar mminati kesukaan kamu, tp akhirnya dia brjaya.

10.Kalau kali terakhir kalian brtemu kamu mgkn sdg sakit, selesema, atau batuk2, dia akan sntsa mngirim SMS atau menelefon untk brtanya keadaan kamu -krna dia bmbangkn ttg kamu, peduli ttg kamu.

11.Jk kamu mngatakn akn mnghadpi ujian atau hari2 penting, dia akn mnanyakn bila ujian itu brlangsung, & saat hariya tiba dia akan mngirimkan SMS 'good luck' utk memberi semangat kepada kamu.

12.Org yg mncintai kamu akn mmberikn suatu brg miliknya yg mgkn buat kamu itu ialah sstu yg biasa, ttp bagiya brg itu sgt istimewa.

13.Org yg mncintai kamu akan trdiam sesaat, ktka sdg brcakap di telefon dgn kamu, sehingga kamu mnjadi bingung. Sbnrnya saat itu dia merasa sgt gugup krna kamu tlh mnggegarkn dunianya.

14.Org yg mncintai kamu sllu ingin brada di dekat kamu & ingin mnghabiskn hari2nya hnya dgn kamu.

15.Jk suatu saat kamu hrus pindah ke daerah lain, dia akan sntsa mmberikan nsht agar kamu waspada dgn prsekitarn yg blh mmbawa pengaruh buruk kpd kamu & jauh dihatiya dia benar2 takut kehilangan kamu, pernah dgr 'jauh dimata, jauh dihati?'

16.Org yg mncintai kamu brtindak lbh spt saudara drpd spti sorg kekasih.

17.Org yg mncintai kamu sering melakukn hal2 yg SENGAL spti mnelefon kamu 100 kali dlm masa shari. Atau mngejutkan kamu di tengah malam dgn mngirim SMS. Sbnarnya ketika itu dia sdg mmikirkn kamu.

18.Org yg mncintai kamu kdg-kdg mrindukn kamu & mlakukn hal-hal yg mmbuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mngatakan tindakannya itu mmbuat kamu trganggu dia akan minta maaf & tak akan mlakuknnya lg.

19.Jika kamu mmintanya utk mngajarimu sst maka ia akn mngajarimu dgn sabar walaupun kamu mgkn prnh mengelak dr mnunaikn prmintaan kamu walau sesukar mana prmintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akn mnghiasi sbhgian besar INBOX-nya. Dia msh mnyimpan SMS-SMS dr kamu walaupun ia kamu kirim brbulan2 atau brthn2 yg lalu. Dia jg mnyimpan surat2 kamu di tmpt khas & segala pmberian kamu mnjadi benda2 brharga buatnya.

21.Dn jk kamu cuba mnjauhkn dr drpdnya atau mmberi reaksi mnolaknya, dia akan mnyedariya & mnghilang dr kehidupn kamu, wlupn hal itu mmbunuh hatinya kerana dia betul2 menghormati permintaan kamu...

22.Jk suatu saat kamu mrindukannya & ingin mmberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu krna sbenrnya dia x prnah mncari org lain. Dia sntsa mnunggu kamu.

23.Org yg begitu mncintaimu, x prnh memaksa kamu mmberiya sbb & alsn, wlupn hatinya mronta ingin mngetahui, krna dia x mahu kamu trbeban dgn karenahnya. Saat kau pinta dia brlalu, dia pergi tnpa mnyalahkn kamu, krna dia benar2 mengerti apa itu cinta.

(Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! )

Rabia: Terima kasih Cik Nurul Atiqah bt Dabot (http://athyq.blogspot.com/) untuk keratan cerita ini.... Nanti kita share lagi ek... Heheheeee....

Tuesday, February 10, 2009

:: HATI...SABAR yer... ::

If I Were a Boy Lyrics

If I were a boy
Even just for a day
I’d roll out of bed in the mornin
And throw on what I wanted and go
Drink beer with the guys
And chase after girls
I’d kick with who I wanted
And I'd never get confonted for it
Cause they stick up for me.

[Chorus] If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man.
I’d listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he’s taken you for granted
And everything you had got destroyed

If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone it's broken
So they think that I was sleeping alone
I’d put myself first
And make the rules as I go
Cause I know that she’d be faithful Waitin’ for me to come home

[Chorus] It’s a little too late for you to come back
Say it's just a mistake
Think I’d forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong

But you’re just a boy
You don’t understand (Yeah you don’t understand)
How it feels to love a girl
Someday you wish you were a better man
You don’t listen to her
You don’t care how it hurts
Until you lose the one you wanted
Cause you’ve taken her for granted
And everything you had got destroyed
But you’re just a boy

THANKS - www.mp3lyrics.org/Mj4o

Rabia: Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari....Mungkin benar saat kita terluka barulah kita menyedari... Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang SANGAT dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi diri kita....(terima kasih kawan....)

Tuesday, January 20, 2009

:: PENSYARAH.... ::

Mmm.... lamanya saya tak mencoret apa2 di dalam istana hati saya ni...

TERUJA adalah satu perkataan yang ingin aku gambarkan ketika aku mendapat tawaran ini....SERONOK adalah perasaan yang ingin aku gambarkan ketika ini...(semasa sedang menulis post ini)...

TERUJA - cita2ku dari kecil tercapai....
SERONOK - berjumpa dan berkongsi pengalaman dan ilmu yang tak banyak ada di dada ini...untuk semua anak bangsaku yang mengenali diri ini...

Kini hampir sebulan aku bergelar Pensyarah...yang memang menjadi idaman kalbu....yang menjadi mimpiku dari berumur 13tahun lagi.... Semua orang tertanya2 kenapa aku nk sangat jadi pensyarah ni???

Entahla kan....yang penting aku PERCAYA dalam hidup yang serba singkat ini lakukan apa sahaja yang anda inginkan di dalam hidup ini asalkan anda BAHAGIA dan rasa SELESA dengan perkara itu...asalkan TIDAK MENGGUGAT dan MENZALIMI diri sendiri dan orang lain...kerana saya YAKIN apa sahaja yang kita buat, kalau kita GUMBIRA MESTI kita akan buat sehabis BAIK...kan??

Kla...saya nk citer pasal trip saya ke Penang baru-baru ini...tapi next post la ek... Pupye...

Sunday, December 21, 2008

:: JEMPUT MAI yer KENGKAWAN SUMER ::

ASSALAMUALAIKUM....

Kepada semua para sahabat-handai saya semua... Di sini saya ingin mengambil kesempatan menjemput anda semua ke Majlis Perkahwinan Adik Perempuan saya. Maklumat mengenainya adalah seperti di bawah:-
TARIKH :
28 DISEMBER 2008
HARI : AHAD (minggu ni)
NAMA PENGANTIN PEREMPUAN :
Nor Hasimah Kamarulzaman
LOKASI : Pusat Rekreasi & Khidmat Masyarakat, UMNO Bahagian Batu, Jln. Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur

Peta ke Lokasi Majlis di lampirkan di sini juga....

Sunday, December 14, 2008

:: SYUKRAN YA HABIBI ::

Sepanjang minggu ini, hati bercampur baur perasaannya....GEMBIRA, SEDIH, PILU, TERUJA dan pelbagai rasa yang berbaur....

Betullah kata orang, bila kita dapat sesuatu...kita TERPAKSA dan DIPAKSA untuk melepaskan sesuatu yang lain pula....Tapi Ya Allah...aku terima segalanya dengan REDHA...PASTI ada hikmah di setiap kejadian dan peristiwa yang ingin KAU tetapkan wahai Ya Rabbi, kekasih sejatiKu...kini....aku PASRAH...

Cuma DOAku...padamu Ya Habibi, Ya Rahman, Ya Rahim, berikan rasa indah ini HANYA UNTUKMU, sekiranya KAU masih belum mahu aku temui KEBAHAGIAN HAKIKI ini...amin....
Terima kasih padamu insan...

LIHATLAH - CT NURHALIZA...
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Tuesday, November 11, 2008

:: Seikhlas Bicara, Pengikat Rasa, Terlerai di Jiwa :: Kau kan tetap KEKAL di INGATAN ::

Terlalu lama aku menyimpan post ini untuk ditatapkan pada semua....Pelbagai rasa berbaur di hati..akhirnya setelah hampir seminggu kusimpan nota ini....kini aku yakini untuk berkongsi...

:: Teman, Kau Pergi Jua... ::

Tepat pada 8.27 malam, pada 7 November 2008 - aku dikejutkan dengan SMS seorang adik yang menggegarkan hati dan perasaanku sepanjang minggu ini....

"Kak, Ajib eksiden, dia kritikal skrg. Doktor ckp 50 -50. Akak tau tak?"

Ya Allah, aku terkaku di motor kakakku (pada ketika itu, baru pulang dari ofis - dalam kelelahan berusaha sepanjang hari, dengan pelbagai dugaan rasa dan pelbagai kesedihan yang kupendam sepanjang minggu)... terasa kaki tidak mampu lagi untuk bergerak... kutabahkan hati, menghubungi kembali pengirim sms...mencari kepastian...ah mungkin sekadar gurauan...(ayat yang cuba aku gula-gulakan untuk menenangkan hati...)

Sehabis perbualan kami di talian, aku terduduk di situ... Ingin menangis?? Ya..pasti... Ingin meraung..?? Entah... bagaimana ingin aku gambarkan tentangmu Ajib?? Mengimbas kembali saat aku mula mengenalimu....teman....

"Seorang insan mulia, yang mengenalkan aku tentang manusia BAIK dinamakan LELAKI..." "Insan pertama memberi aku gambaran, dunia ini diwujudkan bukan untuk bersengketa... tetapi untuk belajar memberi dan menerima..."
"Insan seni, yang selalu memainkan lagu2 merdu di telingaku ketika ku rasakan dunia bukan lagi milikku..."
"Seorang teman istimewa yang tidak pernah jerih menahan sabar dengan kerenah KEEGOAN seorang "ABANG" yang terlupa dia hanyalah "WANITA"....
"Sahabat yang sentiasa ada ketika hati ini TERLALU BERAT menanggung DERITA manusia"

TETAPI aku...AKU insan lemah yang hampir 5 tahun memutuskan hubungan dengan semua perkara (membawa diri jauh ke Selatan dari rasa gundah dan ego seorang wanita - cuba menegakkan apa sahaja yang salah - tapi tidak di mataku)....KINI rasa berSALAH yang TERAMAT menghantuiku, kerana DIA cuba menghubungiku beberapa bulan kebelakangan ini (setelah mendapat tahu kini aku kembali ke tanah kelahiranku - dari seorang insan lain) hanya untuk BERTEMU... tetapi HATI ini terlalu KERAS, TERLALU KERAS untuk BERALAH... Ya Allah, Ya Rabbii...

Lalu dengan rasa bersalah yang semakin menebal di jiwa, aku membuat keputusan untuk memberi penghormatan kepadaNya, membuang keegoan yang bersarang di hati, memudarkan amarah di jiwa....ke hospital dia ditempatkan...Sepanjang hujung minggu yang lalu aku meluangkan masaku hampir sepanjang hari di sana...bersama seorang adik dan insan yang amat memahamiku...yang amat aku kasihi...di saat aku memerlukan sebidang bahu untuk berpaut dan memberi kekuatan kepada insan lemah yang serba kekurangan ini...Betapa aku mengkagumimu wahai sayang....ketabahan dan keikhlasanmu mengikat hati ini....betapa diri ini berharap kita akan dapat jalan yang terbaik dari Rahmat Illahi....amiinnn....

Setibanya aku di hospital berkenaan...terlalu ramai sahabat2 persekolahku di situ...(arwah sangat baik peribadinya...sentiasa menghargai nilai persahabatan)....Ya Allah...kembali semula semua memori indah pernah kuurik bersama mereka... Setiap mata yang memandangku mengambarkan rasa rindu, rasa gembira dan mungkin agak terkejut dengan beberapa perubahan yang berlaku padaku..... Dan di satu sudut mataku melihat sesusuk tubuh yang aku rindui yang pernah kujanjikan beberapa perkara kepadanya....

Lalu kudekati tubuh itu...

"Assalamualaikum mak....cik..." sebaknya dada ini....
"Awi....Ya Allah..." terus dia memeluk tubuhku...mendakap tubuhku dengan erat.... mengucup kedua pipiku dan dahiku... sambil menyambung kata dalam keadaan teresak-esak...
"Awi...pergi mana nak?? Lama Awi hilang...dah lama mak tanya kat Ajib... Awi pergi mana?? Pergi mana nak?? Tak ingat kat kami ker??"

Bercucuran air mata ini.....tanpa kata aku cuba memberikan senyuman...tapi aku hanya mampu menahan sebak dan melutut di hadapannya...meminta maaf berkali-kali....

Orang keliling memerhatikan adegan itu, dan telinga ini menangkap beberapa ungkapan dari mereka....yang menyangkakan aku adalah tunang kepada keluarga itu.... Senyuman kulemparkan lagi... mengalih pandangan kepada si dia...(penenang jiwa) mencari kekuatan... Dia..hanya tersenyum dan menggangukkan kepala...merelakan dan memahami.....(terima kasih...abang....)

Hampir pukul 9 mlm aku masih di sana (beberapa kali ke surau mencari ketenangan dan menjalankan kewajipan)...dan dia masih menemaniku..... Hinggalah aku pasrah dengan ketentuanmu Illahi....aku berdoa tanpa henti hinggalah doaku yang terakhir dengan penuh keredhaan..."Ya Allah, jika boleh kau temukanlah aku dengan Ajib, biarlah walau sekejap...cukup untuk aku memberi salam kepadanya dan memberitahu kepadanya...Ajib...aku datang ni....maafkan aku..."

Keredhaan mengaturkan doa itu berulang-ulang di dalam hati akhirnya membuatkan aku tenang walaupun kami diberitahu waktu melawat telah tamat dan Ajib akan dibawa ke bilik scanning untuk melihat kondisi bahagian dalam kepalanya...kerana dia mengalami hentakan yang kuat di kepala....

Dalam keadaan redha..saya mengajak adik dan Dia bergerak pulang...(kesian mereka, masih setia menemaniku walaupun di dalam kelaparan dan keletihan menahan kelelahan menungguku tanpa jemu - hampir sepanjang hari kami tidak menjamah apa2 sekadar berbekalkan air mineral yang sempat di beli ketika menunaikan solat Zohor di surau hospital)...

Tetapi jika Allah meinginkan sesuatu, pasti tiada satu perkara pun boleh menghalangnya...
Berdirinya kami untuk bergerak pulang....adik memanggil saya...
"Kakak Ada, tu bukan Ajib ker??" aku segera menoleh melihat ke arahnya...
"Ya Allah, Ajib"....hatiku berdetik.... kelihatan beberapa orang nurse menolak strecher ke arah lif di hadapanku...tanpa lengah aku terus menuju ke arah tubuh itu....

Ya Allah betapa agung kuasaMu, aku berjaya menyampaikan kalimah yang ingin kuucapkan kepadanya dalam keadaan yang amat sebak...wajahnya sudah tidak aku kenali kerana luka yang dialaminya teruk...wajahnya...Ya Allah.....bahagian tengkorak atas kepalanya sudah tidak kelihatan, lebam dan biru kelihatan di setiap sudut wajahnya... Esakanku mengakui dia terlalu sakit ketika itu... Ya Rabbi...

Seusai aku meluahkan rasa di hati, dengan perasaan separuh tenang (kau masih memberi semangat kepadaku abang...) dan rasa bersyukur dengan anugerahmu Allah, kami bergerak pulang ke rumahku....ternyata....dengan melepaskan rasa dan mengakui kau juga bersalah...juga dgn izin Illahi....hati ini akan kembali tenang....

KEMATIAN ITU NYATA...dan jika sudah ajalnya....Aku mendapat panggilan....Akhirnya Ajib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin - 10 November 2008 (1 bulan 9 hari sebelum tarikh lahirnya)...tepat pukul 5.30pagi....dan aku lawati jenazahnya di perkuburan yang mungkin takdirnya berhadapan dengan pusara arwah bondaku....(Tanah Perkuburan Karak)... dan aku memasang azam..setiap kali kaki ini melangkah ke pusara bondaku kan ku gerakkan kaki ini untuk melawat pusaramu juga Ajib....insyaAllah....

Tanpa henti aku melafazkan al-fatihah - ku hadiahkan untuk mu teman...Mohd. Rajid bin Hassan... http://www.ajibx.cjb.net/

La Tahzan...sahabat2 ku...JANGAN KAU TANGISI PEMERGIANnya KERANA JALAN UNTUKNYA MASIH JAUH dan PERCAYALAH sahabat2ku kelebihan kita sebagai umat Muhammad (s.a.w) ini adalah dengan hadiah doa dan bacaan Quran - istiqamah boleh membantu mereka di bawah sana....menenangkan hati dan meredhakan setiap perkara yang telah ditakdirkan.....Subhanallah.....

Rabiatul Adawiyah: Dengan kesempatan ini wahai sahabat2ku yang mengenaliku....aku menyusun 10 jari merafak kemaafan daripada kalian....jika ada perkara yang mengguriskan hati kalian...sesungguhnya aku ini insan serba kekurangan yang sentiasa akan berusaha menjadi lebih baik dari hari ke sehari....InsyaAllah....

Thursday, November 6, 2008

:: Ketabahan & Keikhlasan Diri ::

:: KernaMu Ya Rabbi... ::

Sepanjang minggu lepas TERLALU banyak kegembiraan yang telah DIA berikan kepadaKu... Dengan rasa yang SANGAT INDAH, CERIA dan pelbagai rasa yang BERBUNGA....

Sepanjang 8 hari rasa indah itu berlegar2 di antara diriku....dan...dia..... Ya Allah aku bersyukur kerana kau memberi aku rasa SEINDAH ini....

Tetapi...jika Allah ingin menguji kita....siapa kan tahu apa bentuk ujian yang akan diberikan... Sebagai manusia...aku WAJIB terima segala DUGAAN dan QADA' & QADARnya dengan hati yang terbuka dan penuh keredhaan....

Tergiang2 bait2 lagu ini di dalam kepala.... MENARIK untuk memberi SEMANGAT pada diri..
I have a dream
A song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in **
Something good in everything I see
I believe in **
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream

Mmm....Ya Allah..kau tabahkan lagi hambaMu ini dengan ujianMu...kau tabahkan juga hati insan lain yang juga terlibat di dalam cerita ini...Tetapkan iman dan pendirianNya...agar dapat membuat KEPUTUSAN yang tepat...tanpa menyakiti HATInya sendiri....

.....Pilihla pasanganMu yang engkau SELESA dan TENANG bersamanya...
.....Pilihla pasanganMu yang dapat sama-sama membimbingMu ke jalan Allah....
.....DAN pilihla pasanganMu KERANA CINTA AGUNGmu kepada ALLAH... kerana BAHAGIA dan KEREDHAAN itu datangnya dari DIA yang MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG....

++ Ya Allah, tetapkan kami di dalam IMAN ++
++ Hidupkan dan matikan kami di dalam ISLAM ++
++ AMIN ++