Thursday, October 23, 2008

:: HUJAN??? ::

SEMPENA MUSIM HUJAN ini saya sekadar ingin berkongsi sesuatu kepada semua... (Sekadar renungan dan peringatan untuk DIRI SENDIRI dan teman-teman)..

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.."
Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.. .
- Alahai, hujan laaagiiii...
- Alaaa....aku baru jer basuh kereta...dah hujan dah...
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami!
Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya. Antaranya:-
1. Membersihkan udara
2. Menyuburkan tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi. Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Aiii....Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba2 je bermuram?"

Macam biasa dengar ayat TU kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita?

Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap Hari ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (Al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu2 Fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan Kita ttg kebijaksanaan Allah. Lihatlah firman Allah yg bermaksud:
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (Al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita semua...
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepas in bila hujan jangan ler bersungut ek. Berdoa ler banyak2...InsyaAllah....

Wednesday, October 22, 2008

:: Why ladies today tend to be still single? ::

:: Nice....& U Should Think About It!!! ::

1. The nice men are ugly.
2. The handsome men are not nice.
3. The handsome and nice men are gay.
4. The handsome, nice and heterosexual men are married.
5. The men who are not so handsome, but are nice men, have No money.
6. The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money.
7. The handsome men without money are after our money.
8. The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think we are beautiful enough.
9. The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money, are cowards.
10. The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!!
11. The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative.

:: NOW, WHO UNDERSTANDS MEN? ::

"Men are like a fine wine. They all start out like grapes, and it's our job to stomp on them and keep them in the dark until they mature into something you'd like to have dinner with."

SEND THIS TO SMART WOMEN WHO NEED A LAUGH AND TO THE GUYS YOU THINK CAN REALLY HANDLE IT!!!

Rabia: Percayalah...Kami Kaum HAWA tidak pernah berniat untuk menjadi HEBAT atau BAGUS sgt...kerana kami YAKIN kami ini dicipta dari tulang rusuk kaum ADAM dan kami bukan untuk dibuli atau dipersendakan, tetapi sebagai peneman dan pelengkap DIRIMU....kaum ADAM....(sekadar pandangan peribadi...)
** Terima kasih Cik Fizah (PTAR) utk email anda ini...

Sunday, September 28, 2008

Monday, September 22, 2008

:: Knowledge To Share ::

:: SUBHANALLAH ::

Pengertian setiap ayat di dalam Al-Quran banyak dapat membantu dan melindungi seseorang Hamba Allah itu...

:: Surah Fatiha daripada kemarahan Allah ::
:: Surah Yaseen daripada dahaga di hari pertimbangan ::
:: Surah Waaqiah daripada kemiskinan dan kebuluran ::
:: Surah Mulk daripada hukuman ketika di liang lahad ::
:: Surah Kausar daripada kedengkian musuh ::
:: Surah Kaafiroon daripada kufur pada masa kematian ::
:: Surah Ikhlaas daripada sikap berpura-pura::
:: Surah Falaq daripada bencana ::
:: Surah Naas daripada fikiran tentang kejahatan ::

**Seharusnya kita semua sedar dengan semua pesanan ini dan sesiapa sahaja yang membaca surah-surah ini, InsyaAllah akan menerima manfaat yang baik dan diturunkan pengetahuan yang berguna kepada kita semua...(Hanya Allah Maha Mengetahui...)

Friday, September 12, 2008

:: BERTEMU & BERPISAH ::

PERTEMUAN...& PERPISAHAN di PTAR...

Perkenalan kami yang hampir 3 bulan di PTAR (ofis kesayanganKu) telah membibitkan rasa sayang di hati kami semua... Tanpa sedar aku, Fiza, Nurul Izwan, Pico, Wan, Ronnie dan "Ustaz" Ajak telah sama-sama meredah lautan 3 bulan training di sini...

Pada awal perkenalan kami masing-masing berusaha menjaga "ENSEM" dan "AYU" masing-masing... tapi setelah 3 bulan...Hahhaaa...baru la tau semangat "Kegilaan" kami semua... tapi seronok... kami tanpa sedar "SANGAT ENJOY" dengan perkenalan dan persahabatan yang terjalin...

Bayangkan hampir setiap hari kami bersarapan bersama-sama (bukan bulan puasa la)... Kami bertujuh dh macam seven dwarf (tapi tak kerdil pun kami ni - heheheee)...yang akan bersama-sama buat macam-macam kerja... Mungkin bagi orang lain kami ni "pegawai" yang masing-masing ada attitute tersendiri...tapi ah...orang boleh cakap apa mereka nak... yang penting kami bertujuh boleh "get along together"...

Aku dengan panggilan kucing dan dengan sakatan Rabiul...(sebab depa kata aku giler2) ehheee..., Fiza dengan sakatan Si Kalut (sebab depa kata Fiza kelam-kelibut), Nurul Izwan sakatan mamat leter...suke sangat bercakap, Pico dengan gaya macam "nerd" tapi paling nakal dan suka menyakat kami berdua..yang konon-kononnya...hahhahaa....Wan (yang konon-konon pakar IT - tetapi memang pun) tapi aku rasa mamat ni lagi aku suka panggil Wan Garfield sebab mata dia selalu layu dan kuyu...sebab dia susah tido (kesian...) dengan Ronnie yang kami panggil abang..mungkin dia yang paling "COOL" dan memang dia yang paling berumur dari kami semua...Dan "Ustaz" Razak...yang tak mahu dipanggil ustaz..sebab dia memang baik...banyak nasihat yang sejuk hati untuk pesanan kepada kami semua...

Ah...a very sweet moment bila dengan diorang... Aku tak rasa tersisih dan aku rasa semua kami merasakan manisnyar persahabatan kami... hinggalah... 15hb September ini kami akan dipisahkan mengikut "department" masing-masing... Aku dengan department feveret aku...alhamdulillah... dan paling sedih....(itu yang kami rasa sekarang)... Ustaz Razak akan berpindah ke Hospital Selayang...dan Fiza akan ke Hospital Sg. Buloh...

Tapi hari ini Ronnie telah dipindahkan ke bahagiannyer...belum lagi 15hb..(terdetik di hatiku..) tapi...bila itu yang telah ditentukan oleh pihak atasan kami akur... Cuma masih ada kegusaran di beberapa hati yang kalau boleh tidak mahu ke bahagian yang ditetapkan...tapi apa daya kami...

InsyaAllah kami merancang pada Ahad ini sebelum kami dipisahkan jabatan..kami akan bersama-sama membuka puasa bersama-sama...Ustaz Ajak dan Ronnie akan bawa isteri masing-masing dan kami dengan selera masing-masing di PAS, Shah Alam...

Sedih...gusar..windu..berselang-seli di hati kami...Doaku..Ya Allah...peliharalah persahabatan kami...peliharalah kami semua...di dunia ini dan akhirat...semoga persahabatan ini akan kekal walaupun hanya dari dunia maya...Semoga kita semua dirahmati-Nya....aminnnn....

Friday, September 5, 2008

.: 23 OGOS 2008 :.

:: REUNION??? X CONVENT ::

Hehheeehheee....MENYERONOKKAN... itulah satu ayat yang paling sesuai untuk dinyatakan di atas kedua-dua pertemuan yang kami rancang berkali-kali tapi ada sahaja halangan yang menunjukkan Allah belum memberi keizinan dan AKHIRNYA terkmaktublah pertemuaan kami buat julung-julung kalinya setelah hampir 4 tahun kami tidak bersua....

Semua gadis-gadis yang pernah belajar di Convent Sentul bertemu di One Utama, KL. Wah.... terlalu banyak cerita suka duka yang kami mahu kongsi bersama... Mungkin kami berenam (tapi yang hadir hanya kami berempat) agak rapat ketika di bangku sekolah...membuatkan kami masing-masing teruja dengan kesempatan ini...

Banyak perkara yang kami bualkan dan yang pasti tentang "LARA HATI" masing-masing tentang hidup masing-masing... Semua dengan cerita hidup mereka dan apa yang pasti setiap manusia Allah berikan jalan hidup yang berbeza mengikut kemampuan setiap individu itu sendiri... Wahai teman-temanku...tabah dan sabarlah di atas segala dugaan yang DIA berikan... sebagai hambaNya kita hanya mampu merancang...dan DIA yang mempunyai kuasa VETO untuk menentukan tanpa "ARGUMENT" dari sesiapa....

Tidak banyak perkara yang kami sempat lakukan di dalam pertemuan hampir 6 jam bersama... itulah waktu kami berbual, menjamah makanan (Secret Recipe - terima kasih Puteri kerana belanja kami = maklumlah hujung bulan, lain kali kami nk lagi... ehhehhehe), BERkaraoke dan akhir sekali MENONTON WAYANG bersama... takutnya hati (kerana dilantik menjadi tukang beli tiket wayang) untuk membuat pilihan cerita mana yang ingin di'layan'... akhirnya saya memilih "Death Race".... DAN KEPUTUSAN itu MEMANG BEST!!!

Akhirnya pertemuan kami diakhiri dengan bersalaman dan bpelukan...dan berjanji lagi untuk berjumpa mugkin untuk berbuka puasa bersama-sama di Ramadhan ini...InsyaAllah...

.: 19 OGOS 2008 :.

KONVOKESYEN ADIKkU....

Setelah seharian di Bandaraya Melaka, saya dijemput oleh keluarga untuk meraikan satu majlis kebesaran mahasiswa/i yang melanjutkan pelajaran di menara gading.. Ya...dan begitu juga lah majlis ini diraikan dengan penuh gemilang di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Adik ku yang telah menamatkan pengajiannya di dalam bidang Sarjana Muda Perancangan Bandar dengan bangga dan gembiranya telah mengambil skrol ijazahnya dengan memakai sekalung "gold-medal" tanda usaha gigihnya mendapat "Dean List"...

Jauh di sudut hatiku...amat berbangga dengan pencapaianmu Nor Hafizah...kerana kekandamu ini berbangga mempunyai adik yang pandai mengatur perjalanan hidupmu... teruskan usahamu adik...InsyaAllah doa abah, kekanda2 mu juga adinda2 mu yang lain sentiasa mengiringmu... cuma pastikan tiada dendam yang diurik, tiada nista yang ditinta dan tiada riak di alis akalmu wahai adik...

TAHNIAH, TAHNIAH dan TAHNIAH dari kekandamu...dan usaha dan tawakal kau seiringkan lah yer.... :-)