Friday, September 5, 2008

.: 19 OGOS 2008 :.

KONVOKESYEN ADIKkU....

Setelah seharian di Bandaraya Melaka, saya dijemput oleh keluarga untuk meraikan satu majlis kebesaran mahasiswa/i yang melanjutkan pelajaran di menara gading.. Ya...dan begitu juga lah majlis ini diraikan dengan penuh gemilang di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Adik ku yang telah menamatkan pengajiannya di dalam bidang Sarjana Muda Perancangan Bandar dengan bangga dan gembiranya telah mengambil skrol ijazahnya dengan memakai sekalung "gold-medal" tanda usaha gigihnya mendapat "Dean List"...

Jauh di sudut hatiku...amat berbangga dengan pencapaianmu Nor Hafizah...kerana kekandamu ini berbangga mempunyai adik yang pandai mengatur perjalanan hidupmu... teruskan usahamu adik...InsyaAllah doa abah, kekanda2 mu juga adinda2 mu yang lain sentiasa mengiringmu... cuma pastikan tiada dendam yang diurik, tiada nista yang ditinta dan tiada riak di alis akalmu wahai adik...

TAHNIAH, TAHNIAH dan TAHNIAH dari kekandamu...dan usaha dan tawakal kau seiringkan lah yer.... :-)

No comments: