:: UiTM JOHOR vs UiTM MELAKA??? ::
Assalamualaikum kepada semua... Agaknya sudah agak lama saya tidak mencoretkan apa-apa di istana hati saya ini.. Mm...kekeringan idea...Mm...tiada masa..Mm..tidak berminat untuk menulis apa-apa... Ah...ia semua alasan... tapi... hari ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya semasa membuat taklimat ceramah di salah sebuah hotel di Bandaraya Melaka.
Program yang dianjurkan memang padat dan berinformasi...dan para hadirin yang hadir bukan calan-calang orang...Pensyarah-pensyarah dari UiTM Johor dan Melaka...Dan, WAH...penceramah yang lain juga bukan sebarangan orang...Prof. dan Prof. Madya (tidak termasuk saya) kerana saya hanya diisikan sebagai satu laluan agar para ilmuan itu dapat mengenali dunia pencarian di dunia digital...dan saya berasa amat berbangga diberi peluang mengendalikan salah satu slot di dalam program itu...
Mmmm...di hujung ceramah pada hari itu saya telah berjanji kepada para ilmuan hadirin tersebut, di mana saya akan menyertakan salinan (softcopy) nota-nota yang saya berikan dulu... Tetapi bukan tak mahu bagi...tapi saya juga ada menyebut kepada mereka yang berminat, boleh memberitahu saya dan mungkin saya akan "upload" nota-nota itu di blog saya ini... tapi...masih belum ada permintaan... mungkin mereka sibuk seperti kita2 yang lain....
Layanan yang diberikan kepada saya oleh urusetia amat-amat menyenangkan...mungkin kerana saya kenalan mereka, mungkin kerana mereka MEMANG BAIK... hehehee... Anyway terima kasih tidak terhingga Cik Liziana, Kak Mas dan mereka yang lain..(Maaf yang lain terlupa nama)..
Friday, September 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment