Tuesday, July 29, 2008

:: Durian Segamat... ::


Sepanjang hujung minggu yang lalu...saya dan kawan baik (yang telah dijemput oleh bondanya untuk datang dan menginap di rumahnya) di Segamat telah meluangkan masa yang amat seronok di sana...

Hampir 1 tahun 7 bulan menetap sementara di Segamat (kerana bekerja di sana sebelum dipanggil kembali ke tanah tumpah darahku Kuala Lumpur)..mengimbau kembali kenangan MANIS di sana telah menyebabkan tanpa berat hati saya menerima ajakan bonda kawan saya itu...
Sesampai sahaja di Segamat..MERIAH betul dengan bau "DURIAN SEGAMAT" di seluruh bandar kecil yang permai itu...

Selama 1 hari 1 malam di sana saya seperti "DUDUK" di rumah sendiri rasanya.. Dengan layanan ayahanda dan bondanya juga ahli keluarganya (yang Memang org AdaAda tu) menyebabkan saya tidak berasa kekok langsung...

Petang tu apa lagi saya telah dijamu dengan kelazatan Durian Segamat yang TERKENAL itu disulami dengan buah manggis yang sangat manis...(kedua-dua buah tempatan kegemaran saya)... telah membuatkan saya kekenyangan... Dan jamuan itu berlangsung dengan jayanya sehingga malam terakhir saya di sana...

Kenangan paling MENARIK sepanjang di sana..saya dibekalkan sebanyak 2 guni raja buah itu (ah..keluarga ini amat baik...dengan tanaman mereka...dengan layanan mereka dan sebagainya...) untuk kubawa pulang sebagai "BUAH TANGAN" untuk sahabat dan teman juga ahli keluargaku di KL nanti...

Mmmm...terima kasih tak terhingga ingin kurakamkan buat family itu..(Cik Duha..terima kasih kerana sudi jemput saya...) Semoga Allah membalas segala kebaikan anda sekeluarga....

Dan untuk sahabat dan keluarga di KL..mlm tadi juga telah saya selesaikan pembahagiannya...alhamdulillah...rezeki Allah murahkan....

Friday, July 25, 2008

:: SAHABAT-TERASA?? MAAF...!!! ::

*Tidak ada doa mereka selain ucapan, "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.* (Ali Imran: 147)

Sepanjang minggu ini saya tercari-cari apa topik yang sesuai ingin saya luahkan di laman istana hati saya ini... tapi mungkin kerana kesibukan yang ntah datang dari mana..tiada topik yang dapat saya bicarakan...

Sepanjang minggu ini kami (saya dan beberapa sahabat baik) telah bertukar hobi..dari hobi yang suker melalak kami ke hobi yang lebih menarik...yang membolehkan kami berjalan walaupun di dalam air... membuatkan kami rasa lebih ENJOY..ah...mungkin hobi yang akan bertukar mengikut peredaran masa nanti...tapi yang penting kami GUMBIRA bersama...

Tapi semalam...saya telah tanpa sedar dan tanpa niat membuatkan sahabat baik saya TERASA...jadi sepanjang semalam...tiada apa2 yang menarik dapat kami lakukan...dan akhirnya kami pulang...

Mmm..entahla..definisi pengertian setiap kata2 kita mempunyai maksud yang berbeza pada setiap individu...Mungkin pada saya yang pernah kehilangan seseorang yang PALING SAYA SAYANG...TAK MUNGKIN ADA PENGGANTI... HINGGA SAYA SANGGUP MENGADAIKAN DUNIA UNTUK KEMBALIKANNYA... Tapi kita hanya hamba Allah...redha dengan qada' dan qadarnya... Al-Fatihah utk bonda kesayangan ku..Noorma binti Md. Noor...


MAAF wahai sahabat...Tiada maksud aku menguris hatimu... kerana tiada galang-gantinya seorang ibu dan ayah berbanding persahabatan kita... Maaf lagi jika terlalu kerap diri ini mengulang kata yang sedikit demi sedikit menambah BEBAN di hatimu... Maaf...itu sahaja yang mampu ku ucapkan setulusnya dari naluri seorang insan yang bergelar SAHABAT untukmu...

"Sahabat... Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 ALLAH... Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah pencipta... Jika aku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga... Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera... Jika pernah hatimu terluka, luahkan lah agar aku berubah... Dan Jika esok aku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan doa... Berjanjilah sahabat, ukhwah kita untuk selamanya..."

Petikan dari seorang teman...Terima kasih Zaf...

Wednesday, July 9, 2008

:: SAHABAT-KAWAN ::

Agak lama juga saya tidak menulis di Laman Istana Hati saya ni... Pagi ini hati ada TERGURIS sikit...entahla mengapa..tapi MOOD pelbagai.. Mungkin dengan keadaan sekitar yang masih baru, mungkin dengan kerja2 biasa yang sudah mula membosankan, mungkin kerana masalah keluarga yang tak putus2, mungkin kerana dana dh susut...

Tapi tak mengapa kerana...Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”

Di tengahari ini saya berbual dengan seorang teman sepejabat..."Pico..ada beza ke kawan dan sahabat?" Beliau tersenyum dan berkata.."seorang sahabat seumpama seribu kawan..." Ayat pendek itu cukup memberikan definisi sebenar maksud istilah itu...Walaupun ia kelihatan sama tetapi pendekatannya di hati kita tetap berbeza...
Saya amat bersetuju dengan apa yang teman saya katakan itu..bukan senang untuk menerima orang asing yang baru kita kenali dengan selesa "tinggal" di dalam hati kita..Entahla...bagi saya...

SAHABAT-seorang sahabat seharusnya seorang insan yang betul-betul memahami kita walaupun tanpa sepatah kata...seorang yang tidak pernah memahami istilah "LETIH" mendengar dan membantu kita apabila masalah disekeliling... SAHABAT, akan tetap "ADA" & "DEKAT" dengan hati kita walaupun berada jauh di mata...

Tapi KAWAN-manusia biasa yang selalu ada disekeliling mata kita, yang hanya menunggu untuk bertegur dan bersapa dan berbual dengan kita...Yang sentiasa ada di mata tetapi tidak di hati... Mungkin pandangan saya ini salah..tetapi setiap insan ada pandangannya yang tersendiri...

CUMA: bukalah hati untuk mengenali sesiapa sahaja yang sudi berkawan denganmu..kerana kita tidakkan tahu mungkin KAWAN itu akan bertukar menjadi seorang SAHABAT paling agung dalam hidup kita...Dan mungkin SAHABAT yang kita sanggka itu rupa-rupanya hanyalah seorang "KAWAN"....

Pesanan untuk seorang SAHABAT...maaf jika selama kita kenal terlalu banyak masalah yang telah saya timbulkan...dan mungkin saya terlupa untuk merangkapkan ungkapan ini.. "TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KERANA SUDI MENJADI SAHABAT saya...SEMOGA ALLAH MERAHMATI IKATAN INI...amin..."

Kau, Kawan, Sahabat & Teman Album : Tika ItuMunsyid : Unic
Sumber:
http://liriknasyid.com/ Pengirim : zinnirahjannah (TERIMA KASIH)

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Wednesday, July 2, 2008

:: SEPI vs Ayat-ayat Cinta? ::

Beberapa hari lepas seorang rakan menghubungi saya.
"Rabia... dh tengok cerita Ayat2 Cinta??, BEST sangat...Cinta Agung... Cinta Islam..Mmm... mungkin tak ramai isteri yang sanggup buat macam dalam cerita tuh..."

Saya hanya terdiam mendengar celoteh rakan yang teruja menceritakan tentang filem yang baru ditontonnya beberapa hari yang lepas di Mid Valley, KL. Penceritaannya menarik perhatian saya untuk menonton filem itu (yang saya tahu asal ceritanya digarap dari sebuah Novel dengan tajuk yang sama). Tetapi mungkin tarikan FILEM MELAYU lebih menarik naluri dan keinginan saya. Apabila saya ingin membeli tiket.. Lalu akhirnya saya dan seorang lagi teman membuat keputusan membeli tiket menonoton
"SEPI"... Di akhir tapak saya apabila keluar dari panggung...satu ayat yang paling selesa lahir dari hati saya.."Mmm..Bestnye,menarik.. mungkin lagi bagus dari Ayat2 Cinta.." Tapi, entahla...itu mungkin hanya pendapat peribadi saya...Dan saya bertekad untuk menonton Filem Ayat-ayat Cinta pula nanti...

Lalu dikelapangan ini saya melayari web di kedua-dua Website Filem ini. (http://www.sepithemovie.com/ http://www.ayatayatcintathemovie.com/) TERIMA KASIH...

Bukan berniat membuat perbezaan...cuma hanya ingin berkongsi rasa...